Setiausaha Politik kepada Dato’ Menteri BesarAhli Juwairiya Zulkifli. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Isu Sanusi akibat hina institusi raja Melayu, tiada kaitan PM, MB

SHAH ALAM, 18 JULAI: Isu berkaitan Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang dihadapkan ke mahkamah atas dua tuduhan menghasut disebabkan keceluparannya terhadap institusi Raja-raja Melayu.

Setiausaha politik Dato’ Menteri Besar Juwairiya Zulkifli menegaskan kes Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional itu tiada kaitan perdana menteri atau Dato’ Menteri Besar.

“Kerana mulut badan binasa. Jangan seronok maki orang sana sini hinggakan kebijaksanaan Tuanku Sultan (Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor) diremeh dan direndah-rendahkan martabatnya.

“Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar,” kata penyandang Dewan Undangan Negeri Bukit Melawati di Twitter merujuk ucapan dalam ceramah di Gombak pada 11 Julai.

Pada 14 Julai, Dewan di-Raja Selangor membuat laporan polis terhadap Sanusi atas dakwaan DYMM Sultan Selangor supaya polis mengadakan siasatan dan mengambil tindakan sewajarnya.

Sanusi kemudian dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Selayang di sini atas tuduhan menghasut pada 18 Julai. Beliau bagaimanapun tidak mengaku bersalah. Kes itu akan disebut semula 4 Oktober.

Semalam Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj bertitah perkara ini masih belum selesai selepas menerima menghadap Ketua Polis Selangor Dato’ Hussein Omar Khan dan Pesuruhjaya PAS Selangor Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi di Istana Bukit Kayangan.


Pengarang :