Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berucap pada Majlis Pelancaran Madani Afiat dan Gotong Royong Mega Perangi Aedes 1.0 One Hour Malaysia Clean Up Dewan Rakyat Batu Caves, Gombak pada 9 Julai 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Menteri: 33 klinik, kemudahan daif di Selangor akan dinaik taraf

SHAH ALAM, 20 JULAI: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan menaik taraf dan membaiki secara berfasa 33 klinik daif yang sudah dikenal pasti di Selangor.

Menterinya Dr Zaliha Mustafa berkata ia sebahagian daripada 436 klinik daif di seluruh negara, yang memerlukan kerja-kerja pembaikan dan naik taraf tahun ini.

“Sehingga 2025, KKM menyasar untuk membaik pulih 1,200 klinik dan fasiliti daif melalui tiga fasa.
Tekad kami untuk memastikan segala projek yang dirancang berjalan lancar.

“(Ia) sekali gus dapat menyediakan fasiliti yang kondusif demi keselesaan petugas kesihatan dan para pesakit,” katanya menerusi Twitter semalam.

Sebelum ini, Dr Zaliha memaklumkan projek naik taraf itu melibatkan dana RM111 juta setelah mendapat kelulusan Kementerian Kewangan, dengan beberapa projek siap.

KKM mengkelaskan klinik daif kepada tiga kategori iaitu klinik uzur berusia lebih 15 tahun, klinik yang mempunyai masalah utiliti dan klinik yang rosak akibat musibah.

 


Pengarang :