Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Kali Saifuddin Shafi Muhammad (tengah) menyampaikan sumbangan kepada penerima di Masjid As-Salam Bukit Sentosa, Rawang pada 15 Julai 2023. Foto Facebook Saifuddin Shafi Muhammad
ADNSELANGOR

DUN Batang Kali peruntuk lebih RM100,000 bantuan sara hidup, program persatuan

SHAH ALAM, 20 JULAI: Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Kali menyumbang sejumlah RM113,150 kepada pelbagai institusi bagi menampung keperluan segera dan pembangunan jangka panjang masyarakat.

Penyelarasnya Saifuddin Shafi Muhammad berkata cek bantuan dan sumbangan diberi kepada individu meliputi bantuan pendidikan, kesihatan serta sara hidup.

Penerima lain termasuk Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), pengurusan sekolah, persatuan penduduk, rukun tetangga, badan pengurusan bersama (JMB), surau dan masjid.

“Sumbangan dan bantuan ini diharap mampu menampung keperluan segera mahupun pembangunan jangka panjang yang diperlukan oleh masyarakat.

“Jika struktur sokongan masyarakat mantap maka pelan pembangunan akan menjadi lebih mudah,” katanya di Facebook.

Saifuddin berkata antara sumbangan itu termasuk baik pulih kemudahan tandas Masjid As-Salam, Bukit Sentosa, Rawang berjumlah RM25,000 bagi menjamin keselesaan jemaah.


Pengarang :