Penyandang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, Hee Loy Sian melawat rumah yang terlibat kebakaran di Jalan TSJ 1, Taman Sri Jelok, Kajang pada 20 Julai 2023. Foto Facebook Hee Loy Sian
ADNSELANGOR

Enam keluarga mangsa kebakaran Taman Sri Jerlok, Kajang terima bantuan

Oleh NAS NORZIELA NASBAH

SHAH ALAM, 21 JULAI: Enam keluarga mangsa kebakaran di Jalan TSJ 1, Taman Sri Jelok, Kajang menerima sumbangan tunai daripada penyandang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

Hee Loy Sian berkata sumbangan segera itu membabitkan jumlah keseluruhan RM4,000 bagi meringankan beban ditanggung mangsa selepas berdepan musibah itu.


Penyandang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, Hee Loy Sian menyampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran di Jalan TSJ 1, Taman Sri Jelok, Kajang pada 20 Julai 2023. Foto Facebook Hee Loy Sian

“Empat keluarga ini menerima RM500 manakala dua keluarga lain, RM1,000 melihat kepada kerosakan teruk kediaman mereka.

“Semoga bantuan yang diberikan mampu menampung perbelanjaan termasuk memenuhi barangan keperluan harian,” katanya ketika dihubungi Selangorkini.

Keadaan rumah yang terlibat kebakaran di Jalan TSJ 1, Taman Sri Jelok, Kajang pada 20 Julai 2023. Foto Facebook Hee Loy Sian

Dalam kejadian 1.30 tengah hari semalam, enam rumah di lorong itu terbakar dan operasi pemadaman dijalankan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dari Kajang, Serdang, Semenyih dan Bangi.


Pengarang :