Penyandang kerusi DUN Seri Serdang Dr Siti Mariah Mahmud (dua, kanan) bersama Timbalan Datuk Bandar MBSJ Mohd Zulkurnain Che Ali (kanan) melakukan gimik pecah tanah Kompleks Komuniti Penyayang Taman Saujana Puchong, Subang Jaya pada 21 Julai 2023. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Kompleks komuniti Taman Saujana Puchong dijangka siap Oktober, manfaat 10,000 penduduk

SUBANG JAYA, 21 JULAI: Kompleks Komuniti Penyayang Taman Saujana Puchong yang dijangka siap Oktober ini bakal memanfaatkan lebih 10,000 komuniti setempat.

EXCO Perpaduan Dr Siti Mariah Mahmud berkata kompleks dengan kos RM425,209 dibangun menggunakan dana Projek Selangor Penyayang (PSP).

Penyandang kerusi DUN Seri Serdang Dr Siti Mariah Mahmud berucap pada majlis pecah tanah Kompleks Komuniti Penyayang Taman Saujana Puchong, Subang Jaya pada 21 Julai 2023. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI

“Kita dapat kelulusan (bangunkan kompleks berkenaan) dalam tahun ini dan ia bukan gimik pilihan raya kerana memang perkara ini kita usahakan sejak dulu.

“Kompleks ini berkonsepkan dewan terbuka dilengkapi pelbagai kemudahan untuk riadah, program kemasyarakatan, pendidikan, tempat jamuan serta majlis perkahwinan memudahkan penduduk tanpa perlu memasang khemah,” katanya hari ini.

Penyandang kerusi DUN Seri Serdang Dr Siti Mariah Mahmud (kiri) bersama Timbalan Datuk Bandar MBSJ Mohd Zulkurnain Che Ali (kanan) melihat plan projek Kompleks Komuniti Penyayang Taman Saujana Puchong, Subang Jaya pada 21 Julai 2023. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI

Terdahulu, beliau merasmikan majlis pecah tanah Kompleks Komuniti Penyayang Taman Saujana Puchong di sini yang turut dihadiri Timbalan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) Mohd Zulkurnain Che Ali.

Dr Siti Mariah yang juga penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri Seri Serdang berkata projek berkenaan adalah yang terbesar dapat diusahakan sejak diberi mandat sebagai wakil rakyat kawasan itu pada 2018.

Timbalan Datuk Bandar MBSJ Mohd Zulkurnain Che Ali pada Majlis pecah tanah Kompleks Komuniti Penyayang Taman Saujana Puchong, Subang Jaya pada 21 Julai 2023. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI

Sementara itu Mohd Zulkurnain berkata kompleks yang dibina di atas tapak berkeluasan 800 meter persegi dilengkapi pelbagai kemudahan awam seperti parkir, tandas, gelanggang pelbagai guna dan ruang terbuka untuk aktiviti komuniti.

“Usaha penyediaan infrastruktur di bandar raya ini tidak hanya tertumpu kepada lokasi tertentu sahaja yang mana di Subang Jaya terdapat sembilan kemudahan dewan serbaguna, kompleks dan laman sukan, Puchong (10) dan Seri Kembangan (lapan),” katanya.


Pengarang :