Petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyiapkan peti undi di hadapan agen calon sebelum bermulanya proses pengundian Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Garam, Kinabatangan pada 19 November 2022. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Kajian: 50 peratus pengundi tolak PN perintah Selangor

SHAH ALAM, 21 JULAI: Sebanyak 50 peratus pengundi menolak Perikatan Nasional (PN) untuk mengambil alih Selangor daripada pentadbiran gabungan Pakatan Harapan (HARAPAN) dan Barisan Nasional (BN).

Sebanyak 25 peratus lagi mahu perubahan tetapi 25 peratus tidak menyatakan pendirian dalam tinjauan firma penyelidikan Institut Darul Ehsan (IDE) yang dibuat antara antara 12 hingga 15 Mei.

Kajian Persepsi Pengundi Menjelang Pilihan Raya Negeri ke-15 mendapati mereka yang menolak PN berpandangan seperti berikut:

  •  31.7 peratus anggap kepemimpinan Tan Sri Muhyiddin sebagai perdana menteri antara 2020 hingga 2021 lemah
  • 27.0 peratus percaya pendekatan politik mengutamakan Melayu dan Islam sahaja boleh jejas keharmonian kaum
  • 21.2 peratus sifatkan PN dikuasai golongan pengkhianat
  • 10.5 peratus lagi melihat PN terlibat dalam rasuah dan salah guna kuasa

Dalam tinjauan sama, 74.1 pengundi di Selangor memberi tanggapan positif terhadap HARAPAN atas sebab berikut:

  •  31.6 peratus yakin HARAPAN perlu diberi peluang untuk tadbir negara
  • 21.7 peratus percaya gabungan itu bawa agenda reformasi dalam pentadbiran negara
  • 20.8 peratus anggap HARAPAN mewakili pelbagai kaum di Malaysia

Gabungan itu mendapat tanggapan negatif dengan alasan gagal mentadbir selama 22 bulan sebelum pembelotan Langkah Sheraton (12.3 peratus), tidak membela Melayu (7.6 peratus) dan sebab lain (6.1 peratus).

Kira-kira 41.1 peratus yang melihat PN dengan positif memberi alasan berikut: memperjuangkan Melayu dan Islam (22 peratus), diterajui ulama (11.6 peratus) dan bersih daripada rasuah (7.4 peratus)

Sementara 47.4 peratus yang melihat PN dengan negatif menyatakan sebab-sebab berikut: gemar main sentimen kaum dan fitnah (28.4 peratus), gabungan itu taksub dan melampau (19 peratus) dan pelbagai sebab lain (11.5 peratus).

Seramai 1,693 responden dari 56 Dewan Undangan Negeri terlibat dalam tinjauan bersemuka meliputi semua kaum antara 12 hingga 15 Mei. Ralat kesilapan sebanyak 2.5 peratus.


Pengarang :