Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada program Kita Hulu Kelang di Padang Rumah Pangsa PKNS Taman Keramat pada 21 Julai 2023. Foto AFENDI MOHAMED/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Ribuan hadir jamuan rakyat, laung semangat perpaduan

Oleh AZIAN AZIZ

HULU KELANG, 21 JULAI: Lebih 1,000 penyokong hadir dalam program Kita Hulu Kelang bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim di padang Rumah Pangsa PKNS AU2, Taman Keramat di sini, malam ini.

Hadir sama Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Selangor Dato’ Seri Amirudin Shari dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor Datuk Megat Zulkarnain Omardin.

Majlis dimulakan dengan jamuan rakyat diikuti ucapan penceramah bebas Dr Abu Hafiz Salahuddin dan Ketua Wanita Amanah Gombak Anfaal Shaari.

Program dihentikan seketika kira-kira jam 10 malam untuk menyambut kehadiran Perdana Menteri yang baru pulang dari lawatan kerja ke Vietnam dengan paluan kompang serta laungan reformasi dan semangat perpaduan oleh penyokong.

Majlis kemudian diteruskan dengan ucapan Amirudin diikuti ucapan Anwar.

Pada majlis tersebut, Anwar turut memperkenalkan Megat Zulkarnain sebagai calon Kerajaan Perpaduan bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gombak Setia.

 

Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Selangor Dato’ Seri Amirudin Shari berucap pada rogram Kita Hulu Kelang di Padang Rumah Pangsa PKNS Taman Keramat pada 21 Julai 2023. Foto AFENDI MOHAMED/SELANGORKINI

Pengarang :