Bell Ngasri yang terkenal dengan watak Barkoba dinobatkan Artis Komedi Popular pada malam kemuncak ABPBH 35. Foto Facebook Bell Ngasri
AGENDANASIONAL

Laungan ‘Yak yak yey’ gemakan Istana Budaya sejurus Bell dinobat artis paling popular

SHAH ALAM, 22 JULAI: Selepas 37 tahun berkarya di dalam industri hiduran tanah air, akhirnya Bell Ngasri diumumkan sebagai pemenang Artis Paling Popular di Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-35, malam tadi.

Jeritan ‘Yak yak yey’ iaitu dialog Bell atau nama sebenar, Nasrizal Ngasri menerusi telefilem 16, 17 dan 18 Puasa bergema di Panggung Sari, Istana Budaya sebaik namanya diumumkan sebagai pemenang.

Selain menggondol anugerah utama, pelakon dan pelawak yang terkenal dengan watak Barkoba juga diumumkan Artis Komedi Popular mengatasi empat pesaing lain iaitu Zizan Razak, Johan, Jaa Suzuran dan Syahmi Sazli, lapor BH Online.

Nama Bell juga muncul antara 10 artis meraih undian tertinggi dalam saingan Top 5 ABPBH 35 bersama sembilan artis lain iaitu Aina Abdul, Amir Masdi, Anna Jobling, Ben Amir, Ernie Zakri, Khai Bahar, Meerqeen, Sharifah Rose dan Siti Nordiana.


Pengarang :