PBTSELANGOR

Sertai pertandingan video basmi Aedes, peluang menangi hadiah RM1,500

Oleh SHAMZ JOHAN

SHAH ALAM, 22 JULAI: Orang ramai berpeluang memenangi hadiah keseluruhan RM1,500 menerusi pertandingan video basmi Aedes anjuran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Bertemakan Cari dan musnah tempat pembiakan nyamuk, pertandingan video kreatif 3C (semak, bersih, selesa) sempena kempen kesedaran kesihatan persekitaran bermula 21 Julai hingga 20 Ogos.

“Individu yang berminat perlu menghasilkan video tidak lebih daripada 1 minit 30 saat dan memuat naik ke akaun media sosial seperti TikTok, Facebook atau Instagram dengan tanda pagar yang diberi,” katanya menerusi Facebook.

Jelasnya, rakaman video mesti dibuat menggunakan Bahasa Melayu dan peserta perlu menyertakan pautan video dalam borang pendaftaran.

Menurut MBSA lagi, hanya rakaman video yang jelas dan terang serta menepati tema pertandingan sahaja yang akan dinilai.

Orang ramai yang berminat boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan melayari pautan berikut bit.ly/PertandinganVideo3C23 atau imbas kod QR di poster.


Pengarang :