Sebahagian peserta pelumbaan tamiya giat memasang komponan kereta mereka sebelum pelumbaan pada Majlis perasmian Selangor Xtiv Robotic eSport Skill 2023 Fasa 2 di Dewan MDKS , Saujana Utama pada 22 Julai 2023. Fopt MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI
EXCOSELANGOR

EXCO syor tubuh akta gig, bela kebajikan pekerja p-panggilan

OLEH YUSLIZA YAKIMIR ABD TALIB

KUALA SELANGOR, 22 JULAI: Kerajaan disyor untuk mewujudkan akta gig bagi membela dan mempertahankan kebajikan pekerja p-panggilan.

EXCO Belia Mohd Khairuddin Othman berkata kesempatan mengiringi perdana menteri pada program Temu Anwar Selangor X Belia P-Hailing hari ini dijadikan wadah untuk membawa cadangan tersebut.

“Kerajaan Negeri dan persekutuan sedang berusaha menyampaikan suara pekerja ekonomi gig bagi memastikan kebajikan serta masa depan mereka lebih terjamin.

“Justeru, cadangan untuk mewujudkan akta gig ini akan disampaikan kepada perdana menteri bagi menyegerakan pindaan undang-undang yang mengiktiraf belia penghantar makanan ini sebagai satu pekerjaan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan program Kemahiran e-Sukan Robotik XTIV Selangor Fasa 2 di Dewan MPKS Saujana Utama, Sungai Buloh di sini, hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini bertemu ribuan pekerja p-panggilan sempena program Temu Anwar Selangor X Belia P-Hailing hari ini di Laman Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Beliau meluangkan masa kira-kira satu jam bertemu pekerja p-panggilan dan memberi peluang mereka bertanya beberapa soalan khususnya berkaitan sektor tersebut.


Pengarang :