Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berucap ketika Jelajah Kita Selangor Penyayang (JKSP) daerah Hulu Langat di Taman Impian Ehsan, Hulu Langat pada 4 Mac 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Kekuatan ekonomi Selangor tarik minat rakyat seluruh negara hijrah cari kerja

Oleh FHATIHAH ZAKINAN

GOMBAK, 24 JULAI: Kekuatan ekonomi Selangor memberi manfaat kepada rakyat di seluruh negara apabila ramai yang berhijrah mencari peluang kerjaya dan menetap di sini, kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata ekonomi negeri terus berkembang saban tahun sehingga berupaya menawarkan lebih 89,000 peluang pekerjaan dalam tempoh lima tahun.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berucap sewaktu perasmian penutupan Kejohanan Futsal Amatur Piala YAB Dato’ Seri Amirudin Shari di KSL Sport Futsal Batu Caves pada 23 Julai 2023. Foto MOHD ARIF/SELANGORKINI

“Selangor ini tempat masyarakat pelbagai kaum dari seluruh Semenanjung, Sabah dan Sarawak datang untuk mencari kerja kerana kekuatan ekonominya.

“Itu yang menarik ramai orang datang dan menghuni di sini,” katanya ketika menyempurnakan majlis penutupan Kejohanan Futsal Amatur Piala Dato’ Seri Amirudin Shari di KSL Sport Futsal, Batu Caves, di sini malam tadi.

Terdahulu, program anjuran Kelab Sukan Kebajikan dan Rekreasi Negeri Selangor dengan kerjasama Jawatankuasa Penduduk (JKP) Zon 7 Majlis Perbandaran Selayang (MPS) menerima penyertaan 300 anak muda.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bergambar bersama pasukan Hyper Rich dan Tot United yang layak ke pusing akhir ketika menyempurnakan majlis penutupan Kejohanan Futsal Amatur Piala YAB Dato’ Seri Amirudin Shari di KSL Sport Futsal Batu Caves pada 23 Julai 2023. Foto MOHD ARIF/SELANGORKINI

Sebelum ini, Amirudin berkata Selangor juga sebuah negeri yang tahan uji apabila berjaya mengharungi pelbagai cabaran dalam menjadi penggerak ekonomi negara dan penyumbang terbesar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) iaitu 25.5 peratus pada tahun lalu.

Beliau berkata pencapaian itu menunjukkan keupayaan Selangor untuk terus melangkah meskipun ia dicapai ketika pandemik Covid-19 dan bencana banjir.


Pengarang :