Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berucap pada Jelajah Kita Selangor Penyayang daerah Petaling di Padang Permainan MBPJ pada 12 Mac 2023. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Selangor tahan uji, sumbang KDNK terbesar di sebalik pelbagai cabaran

SHAH ALAM, 23 JULAI: Pentadbiran negeri berdepan pelbagai cabaran dalam menjadi penggerak ekonomi negara dan penyumbang terbesar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Dato’ Menteri Besar berkata pencapaian itu menunjukkan keupayaan Selangor untuk terus melangkah meskipun ia dicapai ketika pandemik Covid-19 dan bencana banjir.

Berikutan itu, Dato’ Seri Amirudin Shari akan memastikan Selangor terus menjadi topik perbahasan dalam ekonomi selepas berjaya membuktikan kemampuan sebagai negeri tahan uji.

“Pertama sekali Selangor tidak boleh keluar daripada perbahasan ekonomi, justeru pencapaian ekonomi negeri kita tunjukkan dengan kemampuan dan keupayaan dalam sudut tahan uji.

“Juga keupayaan kita mengembang (tenaga) di saat dan kala luar krisis dan juga merangka potensi pada masa depan,” katanya dalam wawancara khas bersama Sinar Harian, baru-baru ini.

Selangor menyumbang 25.5 peratus KDNK tahun lalu, meningkat 0.7 peratus pada 2021.

Dalam satu tinjauan pendapat, sebanyak 71 peratus orang Melayu di Selangor berpuas hati dengan prestasi keseluruhan barisan pemimpin Pakatan Harapan yang diketuai Amirudin.

Menurut tinjauan firma penyelidikan Endeavour-MGC antara 12 hingga 18 Jun, 68 peratus Melayu di negeri ini berpuas hati dengan pentadbiran negeri bawah gabungan tersebut sejak 2018.


Pengarang :