Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menjawab soalan ketika sidang Dewan Negeri Selangor di Shah Alam pada 17 Mac 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Pelantikan speaker bukan wakil rakyat diputus secara muafakat

SHAH ALAM, 25 JULAI: Urusan pelantikan Speaker Dewan Negeri Selangor dalam kalangan bukan wakil rakyat akan diputuskan secara muafakat jika kerjasama Pakatan Harapan (HARAPAN) dan Barisan Nasional (BN) menang pilihan raya negeri.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari yang juga pengerusi HARAPAN negeri juga menjelaskan perkara tersebut tidak bertentangan perlembagaan sekalipun bukan amalan tradisi.

Beliau turut memberi contoh pelantikan Suhaizan Kayat (bekas Speakar Dewan Undangan Negeri Johor) dan Datuk Wira Omar Jaafar (mantan Speaker DUN Melaka), kedua-duanya bukan wakil rakyat.

“Saya rasa tidak salah cuma ia akan diputuskan dalam kesepakatan perpaduan khususnya selepas kita menang,” katanya ketika diminta mengulas perkembangan politik di Selangor.

DUN Perlis melantik speaker bukan daripada wakil rakyat tahun lepas. PAS pernah menamakan bukan wakil rakyat sebagai calon Speaker Kedah pada 2018.

Semalam, bekas ADN Banting Lau Weng San dicadangkan sebagai speaker DNS.

Amirudin ditemui pemberita selepas sesi Town Hall Rakyat bersama Amirudin Shari di Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 15 di sini malam tadi.

Hari penamaan calon pilihan raya negeri Selangor, dan lima negeri lain, ditetapkan pada 29 Julai ini. Hari mengundi pula pada 12 Ogos.


Pengarang :