Orang ramai mengunjungi Pesta Buku Antarabangsa Selangor (SIBF) 2022 di Pusat Konvensyen MBSA, Shah Alam pada 11 Disember 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Pengunjung pesta buku kanak-kanak berpeluang pelajari bahasa asing

SHAH ALAM, 25 JULAI: Pengunjung Pesta Buku Kanak-Kanak Selangor 2023 berpeluang mempelajari asas bahasa asing selama tiga hari pada sesi ‘Language Discovery’ mulai 27 Julai.

Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) memaklumkan sesi pengenalan percuma selama satu jam bagi setiap slot membabitkan beberapa bahasa termasuk Mandarin, Jerman, Perancis dan Arab.

“Program Language Discovery adalah program tetap PPAS dan sempena pesta buku Pesta Buku Kanak-Kanak Selangor 2023, kita bawakan sebagai pengenalan kepada pengunjung,” katanya.

Bermula 1 Februari, PPAS menawarkan kelas asas 14 bahasa menerusi program Language Discovery@Selangor Public Library secara maya dengan bayaran RM10 sejam untuk satu bahasa.

Bahasa yang ditawarkan termasuk Itali, Jepun, Perancis, Mandarin, Turki, Melayu, Arab, Belanda, Tamil, Sepanyol, Jepun, Korea, Inggeris dan Rusia.

Pelbagai aktiviti kekeluargaan menarik lain turut menanti pengunjung sempena pesta buku yang berlangsung di Kompleks Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Shah Alam mulai Khamis ini.

Acara selama empat hari yang julung kali diadakan di negeri ini akan disertai lebih 100 pempamer dalam kalangan penerbit dan penulis buku kanak-kanak.


Pengarang :