Orang ramai beratur untuk membeli barangan asas sempena program Jualan Ehsan Rahmah (JER) parlimen Selayang di Taman Pelangi pada 10 Julai 2023. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Tanjung Karang, Sabak Bernam antara lokasi jualan murah esok

SHAH ALAM, 25 JULAI: Program Jualan Ehsan Rahmah (JER) barangan asas anjuran Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) diteruskan lagi ke sembilan lokasi esok bermula jam 10 pagi.

PKPS menerusi Facebook memaklumkan jualan diadakan di Prima Selayang (Parlimen Selayang); tapak ruangan lapang, Jalan BK 4/1 (Parlimen Subang) dan Dewan Opera Pasir Penambang (Parlimen Tanjung Karang).

Ia turut diadakan di Surau Al Ja’afariah Kampung Sungai Tegar dan perkarangan Surau Haji Dahlan, Parit 11 Barat (Parlimen Sabak).

Selain itu di Balai Raya Sri Taman Baru, Tasek Tambahan (Parlimen Ampang); Arena Square Bukit Kapar (Parlimen Kapar); Kampung Kenanga (Parlimen Selayang) dan Seksyen 7 (Parlimen Bangi).

Jualan murah yang dijenamakan semula daripada Jelajah Ehsan Rakyat diteruskan hingga Disember ini dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Barangan dijual termasuk ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10/pek) dan telur gred B (RM10 sepapan), minyak masak lima kilogram (RM25) dan beras lima kilogram (RM10).

PKPS juga pernah menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi jualan ayam dan telur bersubsidi terbesar dalam tempoh dua hari sempena Aidilfitri.

Lokasi terkini JER boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR Jadual JER pada imej infografik PKPS atau rujuk pautan linktr.ee/myPKPS.


Pengarang :