EXCO Kerajaan Tempatan Ng Sze Han bersama calon Pakatan Harapan (HAAPAN) bagi DUN Bukit Lanjan Phua Pei Lei meninjau tapak projek kampung baru di Kampung Desa Aman Sungai Buloh pada 27 Julai 2023. Foto AFENDI MOHAMED/SELANGORKINI
EXCOSELANGOR

Negeri belanja RM500,000 naik taraf tebing sungai Kampung Desa Aman

OLEH JULIANA JOHAR

SHAH ALAM, 27 JULAI: Kerajaan Negeri membelanjakan RM500,000 untuk kerja menaik taraf tebing sungai dekat Kampung Desa Aman, di sini.

EXCO Kerajaan Tempatan Ng Sze Han berkata kerja naik taraf yang dijangka siap akhir tahun ini dapat menyelesaikan masalah hakisan tebing yang membimbangkan penduduk terutama ketika hujan lebat.

“Kampung Desa Aman merupakan salah satu kampung terlibat yang akan dinaik taraf tebing sungai, melibatkan kos RM500,000.

Pegawai Perhubungan Perkampungan Daerah Gombak dan calon Pakatan Harapan (HARAPAN) DUN Bukit Lanjan, Pua Pei Ling ketika ditemui di Kampung Desa Aman Sungai Buloh pada 27 Julai 2023. Foto AFENDI MOHAMED/SELANGORKINI

“Kerja-kerja akan dimulakan sebaik Jabatan Pengairan Selangor melantik kontraktor dan ia dijangka siap akhir tahun ini,” katanya ketika meninjau tebing sungai berkenaan.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Perkampungan Daerah Gombak yang juga calon Pakatan Haraan (HARAPAN) DUN Bukit Lanjan Pua Pei Ling bersyukur isu tebing runtuh itu akhirnya dapat diselesaikan dengan peruntukan disediakan.

“Permasalahan tebing sungai runtuh yang menjadi kebimbangan penduduk di sini ketika musim hujan lebat akhirnya berjaya diselesaikan,” katanya.

Sementara penduduk, Rajindran D. Riudayam, 67, yang sudah lebih 40 tahun menetap di Kampung Desa Aman mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan Kerajaan Negeri yang sentiasa mendengar permasalahan rakyat.

“Saya sangat bersyukur dan berterima kasih di atas kerja-kerja menaik taraf tebing sungai ini kerana saya tinggal berdekatan dan kalau hujan lebat, memang air akan naik sehingga ke kawasan pekarangan rumah.

“Terima kasih di atas keprihatinan Kerajaan Negeri terhadap aduan rakyat,” katanya.


Pengarang :