Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Selangor Dato’ Seri Amirudin Shari berucap di hadapan ribuan hadirin ketika ceramah Arus Merah Kuning di padang letak kereta, Jalan Nova 5, Subang Bestari, Subang pada 29 Julai 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

HARAPAN-BN model kerajaan berasas kestabilan, bela kebajikan rakyat

SHAH ALAM, 30 JULAI: Gabungan Pakatan Harapan (HARAPAN) dan Barisan Nasional (BN) merupakan model kerajaan yang menitikberatkan kestabilan serta kebajikan rakyat.

Pengerusi HARAPAN Selangor Dato’ Seri Amirudin Shari juga percaya kerajaan perpaduan yang dibentuk mampu meletakkan negara ke arah lebih baik pada masa depan.

“Memang kadangkala ketidaktentuan (politik) akan menentukan sesuatu yang lebih baik. Jadi kalau dapat rangkum, boleh jadikan sesuatu yang terbaik untuk Malaysia.

“Saya yakin persepakatan dan perpaduan ini model yang akan menjadikan negara lebih baik hari ini dan pada masa akan datang,” katanya dalam ceramah Arus Merah Kuning malam tadi.

Berucap di hadapan ribuan orang di sini, Dato’ Menteri Besar mengakui hikmah ketidaktentuan untuk membentuk kerajaan selepas pilihan raya umum lalu membawa kepada kesepakatan HARAPAN dan BN.

Jelasnya, kerjasama dengan Warisan, Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah selain beberapa parti sekutu turut menyumbang kepada pembentukan kerajaan yang stabil sehingga kini.

“Dengan 148 kerusi dan dua pertiga majoriti di Parlimen Malaysia sejak 2008, inilah kali pertama kita dapat tubuh kerajaan daripada semangat perpaduan,” katanya.

 


Pengarang :