Orang ramai mengalunkan bacaan qasidah diketuai Ustaz Neezam Albanjari pada majlis Darul Ehsan Berselawat 2.0 yang berlangsung di Stadium Tertutup Malawati Shah Alam pada 29 Julai 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Darul Ehsan Berselawat 2.0 kumpul ribuan umat Islam

SHAH ALAM, 30 JULAI: Ribuan umat Islam menghadiri majlis Darul Ehsan Berselawat 2.0 di Stadium Tertutup Malawati Shah Alam malam tadi.

Program anjuran Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (Pekawanis) itu turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari.

Program melibatkan bacaan selawat dan zikir munajat selain Gema Haflah al-Quran, qasidah, mahalul qiyam serta tausiyah serta pertandingan hafazan dan seni khat.

Orang ramai mengalunkan bacaan qasidah diketuai Ustaz Neezam Albanjari pada majlis Darul Ehsan Berselawat 2.0 yang berlangsung di Stadium Tertutup Malawati Shah Alam pada 29 Julai 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Acara itu turut menampilkan ulama dan pendakwah terkenal dalam dan luar seperti Sheikh Abu Zaki, Sheikh Ashraf Hamed Hassanin, Sheikh Abdullah Jahaf, Ustaz Neezam Al-Banjari dan Babul Mustofa.

Sebelum ini, program sama yang diadakan julung kali pada 14 Januari lalu bertemakan ‘Bernafas Dalam Hawqalah – Fakir Ila Allah’ mendapat sambutan menggalakkan.

Pengarang :