Calon Pakatan Harapan Dewan Undangan Negeri (DUN) Meru Mariam Abdul Rashid bertemu penyokong dan jentera HARAPAN serta Barisan Nasional di luar pusat penamaan calon di Dewan Serbaguna Pejabat Daerah dan Tanah Klang, pada 29 Julai 2023. Foto Nina Farzuin Md Sharom/SELANGORKINI
ADNSELANGOR

Calon HARAPAN DUN Pelabuhan Klang, Meru terus bawa isu infrastruktur

OLEH SHEEDA FATHIL dan NINA FARZUIN MD SHAROM

KLANG, 30 JULAI: Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelabuhan Klang mahu memastikan infrastruktur kawasan berkenaan terus dinaik taraf sekiranya dipilih lagi pada pilihan raya negeri (PRN).

Azmizam Zaman Huri juga mahu mengetengahkan cadangan untuk membina sekolah menengah di Telok Gong berikutan tiada institusi itu di kawasan tersebut selama ini.

“Saya berharap pengundi masih memberi peluang untuk saya mengekalkan kerusi ini kerana bimbang sekiranya diberi kepada calon lain kerja yang sudah mendapat kelulusan ini terhenti tidak dilaksana,” katanya.

Kerusi DUN Pelabuhan Klang menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Azmizam mewakili HARAPAN, Perikatan Nasional (PN) Wan Hasrina Wan Hassan dan Parti Rakyat Malaysia (PRM) Syed Ahmad Putra Syed Isa.

Sementara itu, calon baharu HARAPAN DUN Meru, Mariam Abdul Rashid pula akan memberi tumpuan kepada isu kutipan sampah selain kebajikan penduduk jika menang dalam PRN.

“Saya juga akan menggunakan pengalaman selama 10 tahun di Majlis Perbandaran Shah Alam (MBSA) sebagai Ahli Majlis untuk mengusahakan berkaitan infrastruktur kemudahan awam di seluruh kawasan DUN Meru,” katanya.

Mariam berdepan calon Parti Sosialis Malaysia (PSM) iaitu M Sivaranjani Hasnizam Adham dari Perikatan Nasional. Hari mengundi pilihan raya negeri ditetapkan 12 Ogos ini.


Pengarang :