Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Mohd Yahya Mat Sahri ditemui selepas penamaan calon di Institut Pengurusan Peladang, Tanjung Karang pada 29 Julai 2023. Foto Najamuddin Mohd Nor/SELANGORKINI
SELANGOR

Calon HARAPAN DUN Permatang tekad bantu golongan muda miliki rumah sendiri

TANJONG KARANG, 2 OGOS: Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang tekad membantu golongan muda miliki rumah sendiri sekiranya dipilih pada pilihan raya negeri.

Mohd Yahya Mat Sahri berkata dia bercadang mewujudkan Skim Rumah Permatang Madani yang menampilkan penempatan mampan dan berteknologi hijau.

“Generasi muda Permatang berhadapan dengan ketidakmampuan memiliki rumah sendiri ekoran harga hartanah di Selangor yang tinggi dan sukar mendapat pinjaman perumahan dari institusi kewangan.

“Saya akan berunding dengan Kerajaan Negeri, syarikat milik Kerajaan Negeri dan persekutuan bagi menampilkan Skim Rumah Permatang Madani,” katanya pada sidang media di Bilik Gerakan Utama HARAPAN semalam.

DUN Permatang menyaksikan pertembungan dua penjuru iaitu Pak Ya berdepan Nurul Syazwani Noh dari Perikatan Nasional (PN). Hari mengundi pilihan raya negeri ditetapkan 12 Ogos ini.


Pengarang :