Menteri Digital dan Komunikasi Fahmi Fadzil pada program Jelajah Madani DUN Sungai Kandis pada 02 OGOS 2023. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Selangor jadi pilihan ramai pelabur sektor digital

KLANG, 3 OGOS: Malaysia berjaya menarik hampir RM24 bilion pelaburan ekonomi digital pada separuh pertama tahun ini dengan kebanyakan syarikat memilih Selangor sebagai lokasi.

Menteri Digital dan Komunikasi Fahmi Fadzil berkata tindakan itu disebabkan keyakinan syarikat telco terhadap perkembangan dan suasana ekonomi dalam negeri ini.

“Enam bulan pertama tahun lalu kita catat RM7.4 bilion dan meningkat tiga kali ganda tahun ini dalam tempoh sama. Banyak dari pelabur memilih Selangor.

“Kenapa tak pergi Kelantan, Terengganu, Kedah? Kenapa Selangor? Sebab pelabur lihat cara pentadbiran bawah Dato’ Menteri Besar. Bukan hanya jaga rakyat tetapi suasana ekonomi juga mantap untuk yakinkan pelabur,” katanya.

Berucap pada Jelajah Madani DUN Pelabuhan Klang malam tadi, Fahmi berkata Selangor terus mendapat perhatian termasuk syarikat kenderaan elektrik, Tesla Inc hingga menyebabkan pembangkang gelisah.

“Ini sebabnya Azmin (Pengerusi Perikatan Nasional Selangor) koyak. Dia tak boleh terima hakikat perdana menteri bermesyuarat dengan Elon Musk.

“Tesla setuju buka ibu pejabat di Cyberjaya. Insya-Allah pada September kita akan rasmikan dan perdana menteri minta Elon Musk datang,” katanya.


Pengarang :