SHAH ALAM, 12 OGOS: Orang ramai turun mengundi seawal 7 pagi di banyak lokasi dalam tinjauan pasukan wartawan dan jurufoto Selangorkini.
Pilihan raya negeri Selangor, dan lima lagi, menyaksikan persaingan sengit di banyak kerusi, seolah-olah pilihan raya umum November tahun lalu belum selesai.
Mereka yang menunaikan tanggungjawab pada sebelah pagi termasuklah beberapa seniman yang tidak asing lagi dalam dunia hiburan.
Azwan Ali membuang undi di SK Klang Gate dan Sasha Saidin di SMK Seri Keramat bagi menentukan calon DUN Hulu Kelang.
Sementara calon Pakatan Harapan DUN Lembah Jaya Altimet turut membuang undi di SMK Seri Keramat pada Jam 8.10 pagi.
Berikut beberapa lokasi pilihan yang memaparkan orang ramai beratur menunaikan hak menentukan wakil rakyat dan kerajaan negeri: