Maklumat berkaitan cuaca serata Malaysia boleh dirujuk di laman sesawang www.met.gov.my, media sosial atau aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih (gambar hiasan). Foto BERNAMA
AGENSISELANGOR

Amaran ribut petir di Selangor, KL dan Putrajaya hingga 10 pagi

SHAH ALAM, 14 OGOS: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat dan ribut petir di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sehingga jam 10 pagi ini.

MetMalaysia di Facebook memaklumkan negeri lain yang terlibat ialah Perlis, Pulau Pinang dan Melaka.

Cuaca sama turut diramal beberapa bahagian di Kedah, Perak, Pahang, Negeri Sembilan, Terengganu dan Johor.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :