Ahli Dewan Negeri (ADN) Sungai Pelek Lwi Kian Keong turun padang bertemu penduduk pada 13 Ogos 2023. Foto Facebook Lwi Kian Keong.
ADNSELANGOR

ADN Sungai Pelek turun padang temu rakyat, ikrar beri khidmat terbaik

OLEH AMIRUL FAZLI

SHAH ALAM, 14 OGOS: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADN) Sungai Pelek turun padang bertemu rakyat selain mengenal pasti isu yang boleh diselesaikan segera.

Lwi Kian Keong berkata mandat yang diberikan rakyat adalah tanggungjawab besar dan berikrar akan melaksanakan tugas sebaik mungkin.

“Sebaik berakhir pilihan raya negeri, saya terus berjumpa dengan orang ramai. Saya amat berterima kasih kepada semua pengundi yang menjadi pembakar semangat untuk saya terus berkhidmat.

“Saya juga sudah mengenal pasti beberapa perkara yang perlu dilaksanakan demi keselesaan rakyat. Saya juga mendengar aduan penduduk, kalau boleh diselesaikan segera, kita akan segerakan,” katanya kepada Selangorkini.

Kian Keong memenangi kerusi DUN Sungai Pelek dengan menewaska lawannya Dato Suhami Ghazali (Perikatan Nasional) dan Nageswaran Ravi (Bebas)

Ahli Dewan Negeri (ADN) Sungai Pelek Lwi Kian Keong turun padang bertemu penduduk pada 13 Ogos 2023. Foto Facebook Lwi Kian Keong.

Pengarang :