Orang ramai tidak melepaskan peluang mendapatkan barangan asas pada harga murah ketika program Jelajah Ehsan Rakyat DUN Bandar Utama di Kampung Cempaka, Petaling Jaya pada 1 April 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Kampung Bukit Hijau, Flat Perma antara 12 lokasi jualan murah esok

SHAH ALAM, 14 Ogos: Program jualan murah barangan asas kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) diteruskan ke 12 lokasi esok, mulai 10 pagi.

PKPS menerusi Facebook memaklumkan, Jualan Ehsan Rahmah (JER) diadakan di Kampung Bukit Hijau (Kuala Selangor), Dewan Palembang Rantau Panjang (Kapar), Dewan Cengal MBSA Seksyen 24 (Shah Alam) dan Jalan Dato Abd Hamid 4 (Kota Raja).

Program sama turut diadakan di Flat Perma (Gombak), Masjid Al-Mardiyah, Jalan Taman Melawati (Gombak), Apartment Amansiara (Selayang) dan Permai Court 2 (Ampang).

Selain itu, jualan murah turut dijadual berlangsung di Gelanggang Sukan Kampung Tengah (Subang Jaya), Pantai Sepang Putra (Sepang) dan Pangsapuri Sri Rinching Seksyen 5 (Hulu Langat).

Orang ramai beratur membeli barangan keperluan yang dijual murah sempena Program Jualan Ehsan Rahmah Parlimen Ampang di Dewan Orang Ramai, Taman Sri Ampang pada 12 Julai 2023. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI

JER menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek) dan telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM10).

Selain itu, PKPS juga mula menjual minyak masak paket dan daging kiub di beberapa lokasi terpilih.

PKPS pernah menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi jualan ayam dan telur bersubsidi terbesar dalam tempoh dua hari sempena Aidilfitri.

Orang ramai boleh menyemak lokasi lengkap jualan murah setiap hari (kecuali Jumaat dan cuti umum) di Facebook PKPS atau pautan http://linktr.ee/myPKPS.


Pengarang :