AGENDAJENAYAH

Lelaki direman bantu siasatan kes dera kanak-kanak perempuan

JOHOR BAHRU, 15 OGOS: Seorang lelaki direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes kanak-kanak perempuan berusia enam tahun yang disyaki didera bekas teman lelaki ibunya di Kampung Sinaran Baru, Kempas, di sini.

Majistret R. Salini membenarkan permononan reman sehingga Sabtu ini terhadap lelaki berusia 29 tahun itu bagi membolehkan siasatan kes di bawah Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001.

Terdahulu, Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata pihaknya menerima laporan daripada ibu mangsa yang berusia 25 tahun, mengenai kejadian itu kira-kira 10.39 pagi, semalam.

Sementara itu, Salini turut mengeluarkan perintan reman sehingga esok terhadap tujuh remaja termasuk seorang remaja warga asing berusia 14 hingga 17 tahun yang dipercayai terlibat kes pukul pelajar sekolah di Taman Bistari Indah di sini.

Perintah remah selama dua hari bermula hari ini bagi memboleh siasatan kes mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Raub Selamat berkata pihaknya menerima laporan daripada seorang remaja berusia 15 tahun dipercayai mangsa pukul kira-kira 4.09 petang, semalam.

– BERNAMA


Pengarang :