Maklumat berkaitan cuaca serata Malaysia boleh dirujuk dilaman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Klang, Sepang antara lima daerah diramal hujan hingga 12 tengah hari

Oleh NAS NORZIELA NASBAH

SHAH ALAM, 17 OGOS: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat dan ribut petir di lima daerah di Selangor sehingga jam 12 tengah hari ini.

MetMalaysia di Facebook memaklumkan daerah terlibat adalah Kuala Selangor, Klang, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang.

Cuaca sama turut diramal beberapa bahagian di Perlis, Kedah, Pahang, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Melaka.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :