SHAH ALAM, 18 OGOS: Seramai 30 pemilik kediaman dalam Majlis Perbandaran Selayang (MPS) yang mengibarkan Jalur Gemilang berpeluang memenangi wang tunai RM50.
Pihak berkuasa tempatan itu menyeru semua penduduk untuk mengibarkan bendera mulai 15 Ogos hingga 15 September bagi memeriahkan sambutan Bulan Kebangsaan.
“Ayuh sertai Program Semangat Patriotik Saya sempena Sambutan Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat MPS 2023.
“Sebanyak 30 kediaman di bawah pentadbiran MPS yang mengibarkan Jalur Gemilang akan dipilih secara rawak dan bakal memenangi wang tunai sebanyak RM50,” maklumnya.
Untuk sebarang pertanyaaan atau maklumat lanjut boleh menghubungi Bahagian Perhubungan Awam Jabatan Korporat MPS menerusi talian 03-6126 5824.