AGENSISELANGOR

Bengkel subjek Matematik SPM percuma untuk ahli PPAS 23 September

Oleh NAS NORZIELA NASBAH

SHAH ALAM, 18 OGOS: Ahli Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) yang akan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini dipelawa menyertai bengkel subjek Matematik SPM pada 23 September.

Agensi itu memaklumkan program percuma terhad untuk 55 peserta terawal dijadual berlangsung di Bilik Seminar 4, Tingkat 4, Pustaka Raja Tun Uda di sini mulai 8.30 pagi sehingga 1 tengah hari.

“Rebut peluang untuk mengulangkaji pelajaran yang telah dipelajari setahun yang lalu sebagai persediaan untuk menghadapi peperiksaan SPM tahun ini.

“Pengajar berkaliber dalam subjek Sejarah SPM akan membuat kupasan subjek, struktur soalan, teknik menjawab dan persediaan menghadapi peperiksaan. Daftar segera, tempat terhad,” maklumnya menerusi Facebook.

Mereka yang berminat boleh menghubungi Puan Sharifah di talian 017-578 1807 atau mengimbas kod QR tertera.


Pengarang :