Kakitangan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) membersihkan kawasan kolam takungan hiliran Kampung Hang Tuah, Bestari Jaya bagi mengekalkan kelestarian alam sekitar selain sentiasa terjaga. Foto Facebook Lembaga Urus Air Selangor
AGENSISELANGOR

LUAS pastikan kolam sumber air alternatif bersih, terjaga

SHAH ALAM, 18 OGOS: Kerja pembersihan dan pengindahan di kolam takungan hiliran (ORS) Kampung Hang Tuah, Bestari Jaya dijalankan setiap hari bagi memastikan kawasan itu sentiasa terjaga.

Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) menerusi Facebook memaklumkan pembersihan itu juga dilakukan bagi mengekalkan kelestarian alam sekitar di kawasan kolam.

“LUAS sentiasa memastikan persekitaran kolam sumber air alternatif di Selangor sentiasa berada dalam keadaan bersih.

“Kerja pembersihan dan pengindahan di ORS Kampung Hang Tuah, Bestari Jaya dijalankan setiap hari bagi memastikan kawasan tersebut sentiasa dalam keadaan terjaga selain mengekalkan kelestarian alam sekitar di kawasan kolam.

“Kolam ini sentiasa dipantau bagi mengelakkan segala bentuk gangguan dan kerosakan terhadap kualiti dan kuantitinya,” katanya.

ORS Kampung Hang Tuah berkeluasan 63.41 hektar itu merupakan salah satu sumber alternatif bagi menampung keperluan air semula jadi di Selangor.

Kolam itu turut dinobatkan sebagai pemenang bagi Anugerah Projek Terbaik Keseluruhan Majlis Persada Inovasi Selangor (MPIPPANS) pada 2017.


Pengarang :