AGENDANASIONAL

Amaran hujan lebat 5 daerah di Selangor hingga 11 pagi

SHAH ALAM, 22 OGOS: Lima daerah di Selangor diramal mengalami ribut petir, hujan lebat, angin kencang sehingga jam 11 pagi ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi Facebook memaklumkan daerah terlibat adalah Kuala Selangor, Klang, Petaling, Kuala Langat dan Sepang.

Cuaca sama turut diramal di Kuala Lumpur, Putrajaya, Melaka serta Perlis selain beberapa bahagian di Negeri Sembilan, Johor dan Sarawak.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :