AGENDANASIONAL

Lima daerah di Selangor diramal hujan lebat hingga 5 petang

OLEH AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 22 OGOS: Lima daerah di Selangor diramal mengalami hujan lebat dan ribut petir sehingga 5 petang ini.

Jabatan Metereologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi Facebook memaklumkan lima daerah tersebut ialah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat.

Cuaca sama diramal berlaku di beberapa kawasan di Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sabah dan Sarawak.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial dan memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :