Ketua Tanggungjawab Sosial Korporat Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Ahmad Azri Zainal Nor (tiga, kiri) melakukan simbolik penyerahan modul Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) kepada Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Unit Pendidikan Islam Ustaz Mahadir Nasri di SMK Seksyen 18 Shah Alam pada 21 Julai 2023. Foto MBI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

MBI peruntuk lebih RM10 juta perkasa sektor pendidikan negeri

SHAH ALAM, 23 OGOS: Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI memperuntuk lebih RM10 juta kepada pelajar dan sekolah bagi memperkasa sektor pendidikan negeri.

Ketua tanggungjawab sosial korporatnya berkata iamerangkumi pelaksanaan Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS), bantuan Kembali Ke Sekolah selain sumbangan infrastruktur sekolah.

Ketua Tanggungjawab Sosial Korporat Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Ahmad Azri Zainal Nor ditemui selepas majlis serahan modul Program Tuisyen Rakyat Selangor di SMK Seksyen 18 Shah Alam pada 21 Julai 2023. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI

“Tahun ini juga kita serahkan sumbangan RM1,000 kepada 930 sekolah menengah dan rendah untuk program pengurusan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

“Ini membolehkan urusan pentadbiran mereka berjalan lancar. Sumbangan boleh diguna untuk membiaya mesyuarat, bayaran elaun atau perkara lain,” kata Ahmad Azri Zainal Nor kepada SelangorKini.

Pada Jun, Dato’ Menteri Besar memaklumkan anak syarikat milik Keranaan Negeri itu menyalur bantuan RM25.5 juta sejak 2021 kepada sektor pendidikan.

Jelas Dato’ Seri Amirudin Shari, bantuan terbabit diberi melalui kerjasama pelbagai pihak termasuk Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, sekolah, Ahli Dewan Negeri serta agensi berkepentingan.

 

 


Pengarang :