Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bercakap kepada media selepas majlis pelancaran Tekad Pendidikan Kita Selangor (PTRS) di Dewan Raja Muda Musa, Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri, Shah Alam pada 18 Jun 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMAPILIHAN MINGGUANSELANGOR

Perkasa pendidikan, MBI salur bantuan RM25.5 juta sejak 2021

SHAH ALAM, 19 JUN: Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI menyalur bantuan RM25.5 juta sejak 2021 bagi memperkasa sektor pendidikan negeri.

Dato’ Menteri Besar berkata peruntukan bawah Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) meliputi projek baik pulih kemudahan sekolah serta program Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

Dato’ Seri Amirudin Shari memaklumkan dana tersebut juga bagi melaksana program Jelajah Kita Kembali Ke Sekolah, Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) selain menangani kemiskinan haid.

“Semua bantuan ini disalurkan melalui kerjasama pelbagai pihak termasuk Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, sekolah, Ahli Dewan Negeri serta agensi berkepentingan,” katanya.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bersama penerima sumbangan pembinaan dan pembaikan infrastruktur institusi pendidikan ketika majlis pelancaran Tekad Pendidikan Kita Selangor (PTRS) di Dewan Raja Muda Musa, Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri, Shah Alam pada 18 Jun 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

Terdahulu,  Amirudin menyerahkan cek cura bantuan berjumlah RM10,000 kepada tiga sekolah untuk naik taraf kemudahan pada majlis pelancaran Tekad Pendidikan Kita Selangor.

Dalam ucapannya, beliau berkata pentadbiran negeri sentiasa cakna aspek pendidikan anak-anak dari darjah satu hingga tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Menjelaskan pendidikan prasekolah turut diberi fokus, Amirudin berkata anak-anak perlu diberi peluang sama rata untuk belajar bagi mengelak kes keciciran.

“Anak-anak yang keciciran dan kurang mampu dibantu daripada pelbagai sudut seperti kewangan, kelengkapan sekolah serta kelas tambahan,” katanya.

 


Pengarang :