AGENDANASIONAL

Amaran hujan lebat di Hulu Selangor, Gombak, Hulu Langat hingga 6 petang

SHAH ALAM, 24 OGOS: Tiga daerah di Selangor iaitu Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat diramal mengalami ribut petir dan hujan lebat sehingga 6 petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi Facebook memaklumkan cuaca sama diramal berlaku di Kuala Lumpur dan beberapa daerah di Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :