AGENSISELANGOR

PPAS Klang anjur pertandingan pakaian beragam, e-poster dalam talian

OLEH AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 28 OGOS: Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) Klang menganjurkan pertandingan pakaian beragam dan e-poster dalam talian sempena sambutan Hari Merdeka serta Hari Malaysia bermula 26 Ogos hingga 16 September ini.

Perbadanan itu di Facebook memaklumkan pertandingan pakaian beragam dibuka untuk murid prasekolah dan darjah satu hingga tiga sementara e-poster bagi pelajar sekolah rendah dan menengah.

“Bagi pertandingan pakaian beragam peserta perlu mengambil gambar dengan memakai pakaian bertemakan kemerdekaan serta muat naik gambar di inbox Facebook PPAS Klang beserta nama dan nombor telefon.

“Untuk pertandingan e-poster pula peserta perlu menghasilkan poster karya asli serta memuat naik di inbox Facebook PPAS Klang beserta nama dan nombor telefon,” maklum perbadanan itu.

Hadiah berupa hamper akan diberikan kepada juara hingga ketiga sementara saguhati untuk tempat keempat hingga 10.

Maklumat lanjut boleh merujuk poster pertandingan atau menghubungi talian 03-3371 9429.


Pengarang :