Datuk Bandar Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) Azhan Md Amir (dua kiri) menunjukkan tempat letak kereta dua jam selepas pelancaran di Jalan 52/2, Seksyen 52, Petaling Jaya pada 22 Mac 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
PBTSELANGOR

Parkir dua jam dapat sambutan, MBPJ hasrat perluas kawasan

PETALING JAYA, 28 OGOS: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) bercadang memperluas kawasan tempat letak kereta dua jam pada masa akan datang susulan sambutan baik pengguna.

Mohamad Azhan Md Amir berkata ia susulan 495 petak parkir dua jam yang dilaksana di Seksyen 52, Seksyen 14 dan SS21, Damansara Utama ketika ini menerima sambutan baik pengguna.

Datuk Bandar Petaling Jaya Mohamad Azhan Md Amir bercakap dalam sidang media selepas melancarkan program ‘Moreh@PJ Love You’ ketika melawat Bazar Ramadan Jalan PJS 1/30, Petaling Jaya pada 29 Mac 2023. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI

“Maklum balas kita terima daripada pengguna amat positif. Pada awalnya memang ada rungutan biarpun notis awal telah dikeluarkan, namun kini orang ramai sudah menerimanya terutama golongan peniaga.

“Oleh demikian, MBPJ bercadang untuk menambah kawasan tempat letak kereta dua jam disebabkan permintaan banyak selain Petaling Jaya banyak kawasan komersial,” katanya selepas mesyuarat bulanan MBPJ di ibu pejabat pihak berkuasa tempatan itu hari ini.

Sementara itu, beliau turut mengingatkan kepada mana-mana pihak untuk tidak mengambil kesempatan dengan mengecat tempat letak kereta di hadapan premis perniagaan masing-masing.

“Kita ada terima beberapa kes seperti ini seakan-akan menandakan peniaga telah membuat bayaran kepada MBPJ sedangkan apa yang berlaku sebaliknya.

“Tindakan penipuan ini menjejaskan pendapatan MBPJ kerana mengambil keuntungan yang sepatutnya dibayar kepada majlis sendiri. Mereka boleh dikenakan tindakan di bawah Enakmen Jalan Parit Bangunan kerana halangan tempat awam,” katanya.

Pada 22 Mac lalu, MBPJ melancarkan tempat letak kereta dua jam di Seksyen 52 manakala 1 Ogos lalu pula di Seksyen 14 dan SS21, Damansara Utama.


Pengarang :