Suasana raptai sambutan Hari Kemerdekaan Ke-66 peringkat Negeri Selangor di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam pada 28 Ogos 2023. Foto Facebook Lembaga Urus Air Selangor
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Orang ramai dijemput meriahkan sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri esok

SHAH ALAM, 29 OGOS: Orang ramai dijemput meriahkan sambutan Hari Kebangsaan ke-66 peringkat negeri di Dataran Kemerdekaan Shah Alam esok, bermula jam 4.45 petang hingga 12 tengah malam.

Jabatan Penerangan negeri menerusi Facebook berkata pelbagai acara disediakan termasuk selawat dan munajat oleh Habib Ali Zaenal Abidin, persembahan kebudayaan, perarakan dan perbarisan serta persembahan anggota beruniform.

Selain itu, persembahan artis Iman Troye, Ziana Zain dan Datuk Awie turut memeriahkan sambutan yang mengangkat tema Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan’.

Persembahan kawad senyap, pertunjukan T-Baton, persembahan ketenteraman awam dan pertunjukan bunga api juga bakal meriahkan sambutan.


Pengarang :