Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang (MPK) Noraini Roslan. Foto Facebook Majlis Perbandaran Klang (MPK)
PBTSELANGOR

MPK tawar diskaun kompaun parkir serendah RM15 sempena merdeka

SHAH ALAM, 30 OGOS: Majlis Perbandaran Klang (MPK) menawarkan pengurangan kompaun parkir serendah RM15 sempena Hari Kebangsaan mulai 21 Ogos hingga 17 September.

Yang dipertuanya berkata tawaran itu melibatkan pelbagai kesalahan trafik kecuali meletak kenderaan di petak khas untuk orang kurang upaya dan menyebabkan halangan.

“Orang ramai digesa merebut peluang keemasan ini dengan menjelaskan tunggakan kompaun serendah RM15 sebelum tindakan lebih tegas dikenakan,” kata Noraini Roslan dalam mesyuarat MPK hari ini.

Bayaran boleh dibuat melalui aplikasi JomPay, i-Kiosk atau laman web ipay.mpklang.gov.my. Sebarang maklumat lanjut hubungi 03-33758038 atau 03-33758037.

Sementara itu, Noraini berkata MPK bakal menganjurkan program derma darah dan pemeriksaan kesihatan asas secara percuma di Mini Auditorium Sultan Abdul Samad pada 5 September.

Katanya, program terbuka kepada orang awam mulai 9 pagi mendapat kerjasama Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Pejabat Kesihatan Klang, Klinik Kesihatan Anika dan Syarikat Trendy Eye Hub.


Pengarang :