Jabatan Meteorologi mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga 9 malam ini di beberapa negeri.
SELANGOR

Amaran ribut petir di Hulu Selangor, Hulu Langat hingga 5 petang

Oleh NAS NORZIELA NASBAH

SHAH ALAM, 31 OGOS: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Hulu Selangor serta Hulu Langat hingga 5 petang ini.

MetMalaysia di Facebook memaklumkan cuaca sama dijangka turut berlaku di Perlis, Pulau Pinang, Melaka dan Johor selain beberapa kawasan di Kedah, Perak, Pahang, Negeri Sembilan dan Sarawak.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :