AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

LZS agih RM480 juta untuk asnaf, fakir, zakat beri manfaat besar

SHAH ALAM, 31 OGOS: Lembaga Zakat Selangor mengagihkan hampir RM480 juta zakat kepada golongan asnaf, fakir dan miskin di negeri ini.

Agensi itu memaklumkan agihan diberikan termasuk bantuan bulanan, pendidikan, kecemasan serta pelbagai lagi.

“Hampir RM480 juta zakat telah diagihkan kepada asnaf fakir dan miskin di negeri Selangor.

“Walau sekecil RM10 anda tunaikan zakat, manfaatnya besar kepada saudara yang kurang berkemampuan,” kata agensi itu menerusi Facebook.

Justeru, Zakat Selangor mempelawa orang ramai untuk tunaikan zakat bersama agensi itu dengan melayari laman sesawang fpx.zakatselangor.com.my


Pengarang :