Orang awam menggunakan payung semasa meredah hujan ketika tinjauan Bernama di sekitar pusat bandar pada 8 Disember 2022. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Amaran hujan lebat, angin kencang di Hulu Selangor hingga 9 malam

SHAH ALAM, 31 OGOS: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Hulu Selangor sehingga 9 malam ini.

MetMalaysia di Facebook memaklumkan cuaca sama diramal melanda beberapa kawasan di Kedah, Perak, Terengganu, Pahang dan Sarawak.

Cuaca buruk itu juga diramal berlaku seluruh kawasan di Kelantan.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :