Orang ramai membeli barangan keperluan dapur yang dijual murah berbanding harga pasaran pada program Jualan Ehsan Rahmah (JER) peringkat DUN Sungai Ramal di Sungai Tangkas, Kajang pada 12 Jun 2023. Foto AFENDI MOHAMED/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

DUN Bukit Antarabangsa, Seri Serdang, Batu Tiga lokasi jualan murah esok

SHAH ALAM, 1 SEPT: Program Jelajah Ehsan Rahmah (JER) yang menawarkan barangan keperluan asas pada harga murah menemui orang ramai di tiga lokasi esok.

Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) menerusi Facebook memaklumkan jualan diadakan di medan selera Seksyen 20, Shah Alam, Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Tiga dan Surau Al-Munir (DUN Seri Serdang).

Bermula dari jam 10 pagi hingga 1 tengah hari, jualan sama juga diadakan di sebelah Restoran Craven Cafe, Jalan Wangsa 2 (DUN Bukit Antarabangsa).


Penduduk tidak melepaskan peluang membeli barangan keperluan dapur pada program Jelajah Ehsan Rahmah di perkarangan Surau Dinussa’dah Taman Seri Perepat DUN Meru pada 17 Ogos 2023. Foto AFENDI MOHAMED/SELANGORKINI

Jualan yang dijenamakan semula daripada Jualan Ehsan Rakyat itu akan diteruskan hingga Disember ini dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

JER menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek), telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM10).

Lokasi terkini jualan murah di seluruh negeri boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan linktr.ee/myPKPS.


Pengarang :