Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari (tiga, kanan) melepaskan peserta FM Fun Run (Unicorn Run) 5 KM selepas merasmikan Fit Malaysia Selangor di Gamuda Cove Central Park, Kuala Langat pada 2 September 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

MB rasmi Fit Malaysia Selangor, pupuk gaya hidup sihat

KUALA LANGAT, 2 SEPT: Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari merasmikan Fit Malaysia Selangor 2023 di Gamuda Cove Central Park di sini, pagi ini.

Pelaksanaan Fit Malaysia Selangor 2023 melibatkan beberapa aktiviti utama iaitu fun walk, larian lima kilometer, trail ride, senam robik, cabaran lompat tali selain 14 aktiviti kecergasan berbentuk pertandingan.

Turut diadakan pameran interaktif berkonsepkan kecergasan dan kesihatan.

Amirudin ketika menyampaikan ucapan perasmian berkata program seumpama ini dapat menyemarak semangat perpaduan dalam kalangan rakyat selain memupuk gaya hidup sihat.

“Program seumpama ini penting dalam mewujudkan komuniti sihat dan kuat.

“Dalam keadaan teknologi serba moden penggunaan gajet yang meluas penjagaan kesihatan penting kerana sistem biologi kita tetap memerlukan pergerakan untuk hidup sihat,” katanya.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari (tiga, kanan) melepaskan peserta FM Fun Run (Unicorn Run) 5 KM selepas merasmikan Fit Malaysia Selangor di Gamuda Cove Central Park, Kuala Langat pada 2 September 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
Peserta menyertai FM Fun Run (Unicorn Run) 5 KM ketika majlis perasmian Fit Malaysia Selangor di Gamuda Cove Central Park, Kuala Langat pada 2 September 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari (tengah) bergambar bersama peserta selepas merasmikan Fit Malaysia Selangor di Gamuda Cove Central Park, Kuala Langat pada 2 September 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari (tengah) menanam pokok Darma Minyak selepas merasmikan Fit Malaysia Selangor di Gamuda Cove Central Park, Kuala Langat pada 2 September 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

Pengarang :