Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat dan ribut petir melanda Sabak Bernam, Kuala Selangor dan Hulu Selangor sehingga 7 malam, 1 Oktober 2022.
AGENDANASIONAL

Amaran hujan lebat tiga daerah di Selangor hingga 5 petang

SHAH ALAM, 3 SEPT: Gombak, Kuala Langat dan Hulu Langat antara tiga daerah di Selangor diramal ribut petir, hujan lebat dan angin kencang hingga 5 petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi Facebook memaklumkan keadaan sama turut melanda seluruh Kuala Lumpur dan beberapa daerah di Perak, Terengganu, Pahang dan Negeri Sembilan.

Menurut agensi itu, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :