Maklumat berkaitan cuaca serata Malaysia boleh dirujuk di laman sesawang www.met.gov.my, media sosial atau aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih (gambar hiasan). Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Hujan lebat diramal landa lima daerah di Selangor hingga 2 petang

SHAH ALAM, 4 SEPT: Lima daerah di utara dan selatan Selangor diramal mengalami ribut petir dan hujan lebat sehingga 2 petang ini, lapor Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Menurut agensi tersebut di Facebook, daerah terlibat ialah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Kuala Langat dan Sepang. Cuaca sama juga diramal di Melaka dan Pulau Pinang.

Keadaan sama turut dijangka di beberapa daerah di Kedah, Perak, Negeri Sembilan dan Johor.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :