AGENDANASIONAL

MetMalaysia adakan latih amal tsunami esok, harap penduduk tidak panik

MERSING, 4 SEPT: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) akan mengadakan latih amal bencana tsunami di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, di sini esok.

Menurut MetMalaysia pengaktifan siren akan diadakan di Menara Tanjung, di sini bermula 8 hingga 9.30 pagi.

“Justeru, penduduk di kawasan sekitar dinasihatkan tidak panik dengan bunyi siren tersebut kerana ia merupakan satu latih amal sahaja.

“Bagaimanapun, kita akan memaklumkan sekiranya terdapat sebarang pindaan,” menurut jabatan itu dalam laman Facebook rasminya hari ini.

Latih amal itu antara langkah kerajaan bagi meningkatkan tahap kesiapsiagaan agensi pengurusan bencana dan masyarakat dalam menghadapi bencana tsunami.

– BERNAMA


Pengarang :