AGENDANASIONAL

Hujan lebat diramal di empat daerah di Selangor hingga 4 petang

SHAH ALAM, 5 SEPT: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat dan ribut petir di Sabak Bernam, Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat sehingga 4 petang ini.

Menerusi Facebook, agensi itu turut meramalkan cuaca sama di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Terengganu, Pahang, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir yang dikeluarkan sah dalam tempoh enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta muat naik aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :