Maklumat berkaitan cuaca serata Malaysia boleh dirujuk di laman sesawang www.met.gov.my, media sosial atau aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih (gambar hiasan). Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Seluruh Selangor, KL diramal hujan lebat hingga 1 pagi

SHAH ALAM, 5 SEPT: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang diramal melanda seluruh Selangor dan Kuala Lumpur hingga 1 pagi ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Agensi itu memaklumkan cuaca sama diramal berlaku di Putrajaya dan Melaka serta beberapa kawasan di Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Sarawak dan Labuan

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :