Orang awam menggunakan payung semasa meredah hujan ketika tinjauan Bernama di sekitar pusat bandar pada 8 Disember 2022. Foto BERNAMA
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Amaran hujan lebat seluruh Selangor, KL dan Putrajaya hingga 9 pagi

SHAH ALAM, 6 SEPT: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sehingga 9 pagi ini.

Agensi itu menerusi Facebook memaklumkan, keadaan sama diramal berlaku di Negeri Sembilan, Melaka dan beberapa kawasan di Johor, Terengganu, Pahang serta Sarawak.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :